|
Monday, October 29, 2007 |
LUAHAN RASA PADA ANWAR IBRAHIM |
Anwar Ibrahim sudah mula dibenci ramai.
Mungkin masih ada sebilangan rakyat negara ini tidak sedar ataupun sengaja menutup sebelah mata hingga sanggup memuja dan menyanjungi musang berjanggut (memang berjanggut pun) yang bernama Anwar Ibrahim itu. Namun jika dirisik-risik dengan lebih mendalam, sebenarnya amat ramai mereka yang berada di luar sana meluat dengan gelagat dan sikap tidak sedar diri Anwar itu. Rasa ingin tersengeh pula apabila mengenangkan kata-kata Anwar yang selalu mengangkat dirinya sendiri dengan mengatakan beliau mempunyai teramat ramai pengikut setia.
Barangkali sudah tiba masanya Anwar berhenti mencanang diri sendiri. Sudah masanya Anwar ‘cool down’kan rasa meluat orang ramai terhadap beliau. Manakan tidakknya, jikalau orang yang tidak memihak pada UMNO pun menyatakan rasa kurang senang mereka terhadap Anwar, maka jelasnya Anwar sudah tiada kredibiliti.
Anwar memang sudah tidak layak untuk bersuara dalam hal ehwal politik tanah air kita. Akibat dan kesan daripada tidakan separuh sedar yang dilakukan oleh beliau, keadaan negara menjadi kacau-bilau.
Seringkali kontroversi dan spekulasi palsu direka oleh beliau. Semuanya semata-mata inginkan masyarakat menjulang dan menyanjungi beliau.
Tanpa sedar, pengikutnya yang selama ini menjadi penyokong setia sebenarnya dikuli-batakkan oleh beliau demi kepentingan dirinya sahaja. Yang sebenarnya, hanya mereka yang kurang pintar sahaja boleh dijari-jarikan oleh Anwar.
Apa lagi yang ingin dipertahankan wahai Anwar? Penyokong UMNO memang sah-sah tidak akan menyokong kamu. Sekarang mereka yang berada atas pagar pun sudah mula meluat.
Hentikanlah segala tindakan tidak wajar yang selama ini telah menjadi darah daging kamu. Rakyat negara ini sedar apa yang baik dan buruk. Kelak, jika kebencian makin meluap, ia akan memudaratkan pula diri sendiri.
Sedarlah wahai Anwar Ibrahim… Hentikanlah segala sandiwara buruk lakumu itu… |
posted by Jentayu Titara @ 12:05 AM  |
|
1 Comments: |
-
Salam
Soalan untuk Anwar-Betulkah terima duit Yahudi? http://www.youtube.com/watch?v=Oj67qH2SA2w
Video 7-Siapa godfather Anwar ? http://www.youtube.com/watch?v=AJfBY1DDKDY
Video 6- Siapa taja Anwar PRU 12? http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA
Video 5- Anwar Muslim Moderate ? http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo
Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew
Sumber : http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|
Salam
Soalan untuk Anwar-Betulkah terima duit Yahudi?
http://www.youtube.com/watch?v=Oj67qH2SA2w
Video 7-Siapa godfather Anwar ?
http://www.youtube.com/watch?v=AJfBY1DDKDY
Video 6- Siapa taja Anwar PRU 12?
http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA
Video 5- Anwar Muslim Moderate ?
http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo
Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew
Sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/