.: KALENDER :.


.: DETIK WAKTU :.
.: RUANGAN ISLAM :.

:: The Right Way to Pray ::
:: Free!! Download Athan(Azan) Software ::
:: Gregorian-Hijri Date Converter ::
:: Al-Quran :: Hadith :: Hajj :: Umrah ::
Search in Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.GuidedWays.com
Search Islamic Directory
Keyword:
.: INFO :.
BERITA
:: Utusan Malaysia ::
:: Berita Harian ::
:: Harian Metro ::
:: The Malay Mail ::
:: Bernama.Com ::
:: The Star ::
:: New Straits Time ::
:: The Sun Daily ::

RANGKAIAN TELEVISYEN
:: TV3 ::
:: ntv7 ::
:: 8tv ::
:: tv9 ::
:: RTM ::
:: Astro ::
.: JABATAN KERAJAAN :.
:: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ::
:: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ::
:: Jabatan Perangkaan (JP) ::
:: Badan Pencegah Rasuah (BPR) ::
:: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ::
:: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ::
:: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ::
:: Securities Commission ::
:: Bank Negara Malaysia (BNM) ::
:: Polis Diraja Malaysia (PDRM) ::
:: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ::
:: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ::
:: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) ::
:: Jabatan Alam Sekitar (JAS) ::
:: Jabatan Kerja Raya (JKR) ::
:: Kementerian Pertanian ::
:: Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (KTPK) ::
:: Kementerian Kesihatan ::
Majlis Amanah Rakyat (MARA) ::
:: Angkatan Tentera Malaysia ::
:: Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) ::
.: PORTAL UNIVERSITI :.
:: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) ::
:: UNIVERSITI MALAYA (UM) ::
:: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) ::
:: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) ::
:: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) ::
:: UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) ::
:: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) ::
:: UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) ::
:: UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK (UNITAR) ::
:: UNIVERSITI MULTIMEDIA (MMU) ::
:: UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN) ::
:: UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) ::
:: UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP) ::
:: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) ::
:: UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UNIKL) ::
:: INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM) ::
:: UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR) ::
:: OPEN UNIVERSITY MALAYSIA (OUM) ::
:: LIMKOKWING UNIVERSITY ::
:: INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY (IMU) ::
:: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) ::
:: UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) ::
:: KUALA LUMPUR INFRASTRUCTURE UNIVERSITY COLLEGE (KLIUC) ::
:: MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY (MSU) ::
:: UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) ::
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Thursday, November 15, 2007
MALAYSIA NEGARA ISLAM


Apakah yang cuba dimaksudkan oleh Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, apabila beliau dikatakan tidak terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, menjelaskan bahawa Malaysia adalah Negara Islam?

Tidakkah beliau sedar yang selama ini Malaysia memang sebuah negara Islam?

Seharusnya kita bersyukur kerana kita berada dan mendiami sebuah negara yang aman dan makmur menerusi kepimpinan yang baik dan berwibawa. Malaysia juga sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Jika diamati, rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Perlembagaan Malaysia yang menjadi kebanggaan rakyatnya merupakan “kontrak sosial” yang istimewa serta unik. Ia terbina atas asas kerelaan dan kesediaan memberi serta menerima yang bermatlamatkan hidup bersama dalam suasana rukun damai dan bahagia.

Namun, suasana aman dan makmur ini seringkali diancam dengan sikap-sikap insan yang tidak bertanggungjawab sehinggakan sanggup memutarbelitkan ajaran Islam semata-mata demi kepentingan politik mereka.
Golongan seperti inilah yang mengelirukan dan mempengaruhi sejumlah kecil kalangan rakyat terutamnya yang fanatik. Sanggup mereka mengkafirkan orang Islam yang tidak sama kefahaman politik dengan mereka.

Kononnya orang Islam yang menganggotai parti politik UMNO sebagai kafir dan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir dan peraturan Jahiliyah yang mesti ditentang dan jika mati ianya mati syahid.

Apakah sebenarnya mentaliti ‘mereka’ ini? Adakah mereka rasakan mereka penggubal hukum dan hanya mereka yang betul? Istilah ‘Negara Islam’ tidak tercatat secara langsung dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Perbahasan mengenainya hanya dibuat berpandukan ijtihad para ulama mujtahidin.

Negara-negara di dunia ini mengikut penilaian Hukum Fiqh terbahagi kepada tiga kategori iaitu :

1. Negara Islam
2. Negara kafir yang berperang dengan Islam
3. Negara kafir yang tidak memerangi Islam

Hal ini diperjelaskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Hj. Mohamad Shahir Hj. Abdullah pada 7 Mac 2002 lalu dalam petikan perjelasan ringkas beliau mengenai Malaysia Negara Islam.

Pernyataan Malaysia sebuah Negara Islam bukanlah satu slogan kosong dan bukan juga satu drama yang diada-adakan. Terimalah ia sebagai satu hakikat dan sememangnya ia tidak patut dipertikaikan lagi kerana terdapat peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama Persekutuan.

Ia satu penjelasan bukannya satu pengisytiharan yang baru-baru diadakan. Ini kerana taraf Malaysia sebagai sebuah Negara Islam melalui peruntukan ini, tidak diadakan oleh penjajah, tetapi diusahakan oleh pejuang dan pemimpin negara seiring perjuangan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 lagi.

Namun demikian masih terdapat di kalangan rakyat Malaysia yang tidak mengiktiraf Malaysia Negara Islam, sehingga isu penubuhan negara Islam di Malaysia menjadi begitu hangat dan sensitif.

Ada pihak yang kononnya berjuang mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam (kerana bagi mereka Malaysia sekarang sebuah negara sekular dan bukan negara Islam) dan ada pihak yang lain pula terus mempertahankan Malaysia sebagai negara sekular. Hal ini terjadi disebabkan perbezaan dalam memahami Perlembagaan Malaysia yang ada.

Sesungguhnya Malaysia sebuah Negara Islam. Bukti boleh dirujuk kepada perkara-perkara berikut :

Peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia:

Perlembagaan Malaysia jelas memberikan kedudukan yang istimewa kepada Islam. Ini dapat dilihat seperti berikut:

i. “ Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan.” Perkara 3(1) dalam perlembagaan ini telah dihuraikan oleh beberapa tokoh undang-undang di Malaysia. Ada yang berpendapat peruntukan itu sekadar menjelaskan bahawa upacara rasmi negara bolehlah dijalankan mengikut Islam. Namun demikian Almarhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim telah menegaskan bahawa dengan adanya peruntukan “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan”, maka Malaysia boleh memperkenalkan dirinya sebagai negara Islam.


ii. Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam.

iii. Urusan pentadbiran Islam menjadi tanggunjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.


Pandangan Ulama Mu’tabar:

i. Memahami dan mengetahui pandangan beberapa ulama mengenai konsep negara Islam sangat penting, kerana kekeliruan dan keengganan untuk mengakui Malaysia Negara Islam adalah berpunca dari keengganan menerima pandangan-pandangan ini. Sebenarnya konsep “Negara Islam” tidak terdapat di dalam nas yang jelas dari Al-Quran dan Al-Sunnah.

ii. Konsep negara Islam hanya dibincangkan oleh ulama-ulama terkemudian. Jadi ia termasuk dalam perkara-perkara “ijtihadiyyah” iaitu hasil kefahaman ulama yang berkenaan mengenainya.

iii. Ada berbagai difinisi yang diberikan oleh ulama mengenai negara Islam ini antaranya:
- Muhammad bin Hasan as-Syaibani menyatakan :
“Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya.”

- Muhammad Abu Zuhrah menjelaskan:

“Negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim.”
- Menurut Dr. Mohammad Sa’id Ramadhan al-Butiy ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam beliau menjelaskan bahawa “pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negara itu sebagai negara Islam.”

iv. Ini bermakna anggapan oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud menjadi syarat bagi mengiktiraf sesebuah negara sebagai negara Islam adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pegangan umum ulama mu’tabar.

v. Dengan mengambil kira kepelbagaian difinisi tersebut dan keadaan yang wujud di Malaysia, maka konsep negara Islam dapatlah disimpulkan sebagai berikut:
“Negara Islam itu ialah negara yang dipimpin oleh orang Islam, dan orang Islam boleh melaksanakan tanggungjawab agamanya dengan aman, termasuklah memberi kebebasan kepada orang bukan Islam mengamalkan agama masing-masing. Dan setiap rakyat wajib mempertahankannya.”

vi. Berdasarkan penjelasan yang diberikan nyatalah bahawa Malaysia Negara Islam kerana ciri-ciri utama yang ditetapkan oleh ulama wujud dan terlaksana di Malaysia.

Pengiktirafan dunia:

i. Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam dan telah menganggotai O.I.C sejak mula lagi.

ii. Pengiktirafan Malaysia Negara Islam contoh diberikan oleh negara Islam dan bukan Islam diseluruh dunia.

Pelaksanaan Pentadbiran Negara:

i. Asas pentadbiran Malaysia hari ini selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, dalam bidang perundangan berbagai usaha telah dijalankan untuk menyelaraskan antara undang-undang sivil dan syarak. Dalam bidang mu’amalat dan ekonomi terdapat sistem baru yang selaras dengan ajaran Islam telah dilaksanakan seperti Sistem Perbankan Islam, Takaful, Al Rahn dan sebagainya.

ii. Selain dari itu dalam bidang pendidikan juga tidak ketinggalan disepadukan antara tuntutan ilmu fardhu ‘ain dan fardhu kifayah. Malah asas pembentukan syahsiah pegawai dan kakitangan kerajaan adalah dari nilai-nilai murni Islam.

iii. Kesungguhan kerajaan menghayati ajaran Islam dapat dilihat dalam usaha-usahanya membebaskan umat Islam dari belenggu khurafat, tahayul dan ajaran sesat, dengan sentiasa memberikan penjelasan dan penerangan menerusi berbagai media. Di samping itu kerajaan juga sentiasa mengambil berat mempastikan makanan dan barang gunaan umat Islam di negara ini halal dan suci. Malah Malaysia merupakan negara Islam terulung dan terkemuka dalam menjaga aqidah, syariah dan akhlak umat Islam di dunia hari ini.

iv. Antara bukti lain yang paling jelas menunjukkan Malaysia Negara Islam ialah penubuhan berbagai institusi yang berkaitan dengan pentadbiran Islam khususnya penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Mufti.


Muzakarah Fatwa:

i. Setelah mengambil kira berbagai pandangan, hujah dan keadaan yang wujud di Malaysia, serta akibat buruk dari penolakan Malaysia sebagai negara Islam, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa Malaysia Adalah Sebuah Negara Islam.

ii. Kenyataan ini dengan jelas menolak anggapan kononnya Malaysia negara sekular kerana ciri-ciri sekularisma yang bermatalamatkan keduniaan semata sebagaimana yang difahami tidak wujud dalam falsafah dan pengurusan pentadbiran negara serta pegangan hidup rakyat Malaysia yang beragama Islam.


Jaminan untuk Rakyat Bukan Islam:

11. Kenyataan Malaysia Negara Islam sedikit sebanyak telah menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat yang bukan Islam, terutama bila terdapat beberapa pentafsiran salah yang cuba menakut-nakutkan mereka. Kekeliruan mengenainya sepatutnya tidak timbul kerana kepimpinan negara telah menjelaskan sifat Negara Islam Malaysia adalah berasaskan kehendak Islam yang sebenar dan tulin, yang tentunya berbeza dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh setengah-setengah negara Islam yang lain di dunia hari ini, yang sering memperlihatkan tindakan ganas dan tidak bertimbangrasa. Sesungguhnya prinsip-prinsip ajaran Islam seperti adil, bertimbangrasa menghormati kebebasan beragama menjadi amalan kerajaan sepanjang masa.

12. Kepimpinan Malaysia hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan tetap mempertahankan perlembagaan yang sedia ada yang mengiktiraf kebebasan beragama disamping menjaga hak-hak rakyat dengan saksama. Kerajaan juga bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara dan menentang apa jua bentuk keganasan yang berlaku dan mungkin berlaku walau dari mana punca sekalipun. Oleh itu tidak ada sesiapa yang patut keliru, takut dan bimbang mengenai kedudukan mereka dalam negara Malaysia ini. Kerajaan yang ada sekarang sentiasa memastikan tanggungjawabnya kepada rakyat dipenuhi dan dilaksanakan dengan saksama berpandukan kehendak-kehendak Perlembagaan Negara.

13. Meyakini dan berpegang dengan jaminan ini sangat penting bagi warga negara Malaysia seluruhnya. Oleh itu corak kepimpinan Islam yang ada di Malaysia hari ini mesti diteruskan dan dipertahankan jika inginkan kehidupan yang aman dan makmur bertambah dan berterusan serta mendapat keredhaan Allah ‘Azza wa jalla.

14. Sebaliknya menyerah dan membiarkan Malaysia dipimpin oleh kepimpinan golongan yang menolak hakikat Malaysia Negara Islam akan membawa Malaysia ke jurang kemusnahan dan kehancuran sepertimana yang di alami oleh banyak negara di dunia hari ini. Sikap ini dilarang oleh Islam.


Faedah Penerimaan:

15. Menerima Malaysia Negara Islam memberikan faedah yang banyak terutamanya dapat menyatukan kembali umat Islam di Malaysia dalam ikatan ukhuwah Islamiah yang tulin, yang tentunya akan menambahkan lagi kekuatan dan perpaduan.

16. Selain dari itu ianya dapat mengelakkan pembaziran tenaga, masa dan wang ringgit dari digunakan untuk perkara-perkara yang sebenarnya tidak penting dan remeh.

17. Di samping itu, dapat membentuk masyarakat yang berdisiplin, yang cintakan keamanan serta memusuhi perseteruan dan keganasan.

18. Kemuncaknya, melahirkan sebuah negara Malaysia yang aman dan makmur serta mendapat keredhaan Allah.

Kewajipan kita:

19. Kita sebagai umat Islam secara khusus, dan rakyat Malaysia secara umum hendaklah menerima penjelasan ini dengan penuh keyakinan dan kepercayaan. Menerima dengan erti mentaati keputusan yang baik yang dibuat oleh kerajaan adalah wajib hukumnya ke atas kita sekalipun mungkin kita tidak suka dengan keputusan itu.

20. Dalam ajaran Islam walaupun sesuatu isu itu merupakan isu ijtihadiyyah yang pada asalnya umat Islam boleh berbeza pendapat, tetapi apabila ianya telah ditentukan oleh pemerentah “ulil amri”, maka pada ketika itu seluruh umat Islam wajib mematuhi keputusan itu dan tidak boleh mempertikaikannya lagi. Mengingkari keputusan “ulil amri” adalah suatu maksiat dan pendurhakaan.

21. Adalah suatu kebijaksanaan sekiranya kita dapat menggunakan kewarasan fikiran kita lalu kita berpegang dengan hakikat Malaysia Negara Islam seperti yang dinyatakan oleh kerajaan, kerana dengan berbuat demikian kita secara langsung telah menyumbangkan saham yang besar dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara kita, yang dengan sendirinya akan membawa kesan positif kepada kemulian Islam dan keagungan umatnya.

22. Kita sama-samalah menjauhkan diri dari kekeliruan yang dibawa oleh idividu atau puak-puak tertentu, kerana ajaran Islam yang dipegang oleh kerajaan itu sangat jelas, lurus dan berasas. Ingatlah akan betapa buruknya akibat yang akan menimpa sekiranya keengganan untuk menerima Malaysia Negara Islam sebagaimana yang telah dinyatakan. Jangan sengaja menempah huru-hara dan sengsara, kerana bila ia datang menangis dengan airmata darah sekalipun tidak berguna lagi.
posted by Jentayu Titara @ 11:47 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
.: ABOUT ME :.

Name: Jentayu Titara
Home: Kuala Lumpur, Malaysia
About Me:
See my complete profile
.: MELODI TITARA :.

Get your own playlist at snapdrive.net!
Previous Post
Archives
Links
Template by

Free Blogger Templates

BLOGGER